Kuasa dan kebolehan Yamada_Hanatarō

Sebagai seorang ahli dalam Divisyen ke-4, Hanatarō memiliki kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Dia jarang membawa zanpakutō, sebaliknya dia seringkali dilihat bersama bungkusan perubatan Divisyen ke-4. Kemungkinan besar bungkusan itu mengandungi bekalan perubatan, termasuklah salap, pembebat, dan pil-pil penyembuhan. Salah satu daripada barang yang terkandung di dalam bungkusan ini digelar shinten (震点), sejenis cecair hijau yang boleh mengakibatkan sesiapa dengan tenaga semangat rendah tersentuh cecairnya (mahupun setitik), pengsan, berkemungkinan digunakan sebagai anestetik. Dia juga dilihat membawa sejenis pil besar dengan simbol tengkorak, di mana pil ini adalah eksklusif untuk ahli Divisyen 4 sahaja, untuk mengembalikan stamina. Meskipun pil yang diberikan kepada ahli Divisyen ke-4 yang lain berkesan, pil yang terdapat padanya merupakan pil palsu oleh ketua-ketuanya.[3]

Hisagomaru

Akeiro Hisagomaru.

Seperti setiap shinigami yang lain, Hanatarō memiliki sebilah zanpakutō juga, meskipun dia jarang dilihat membawanya. Disebabkan kemahirannya adalah lebih kepada bantuan perubatan dan bukannya pertarungan, Hanatarō selalu tersalah letak zanpakutōnya kerana dia jarang menggunakannya. Zanpakutō Hanatarō dinamakan Hisagomaru (瓠丸, secara literal; penyukat sakti), yang didedahkan di dalam Buku Watak Bleach.[4] Arahan lepasan tahap shikai Hisagomaru ialah "penuhkan" (満たせ, mitase).[5]

Sebelum tahap shikainya, Hisagomaru mempunyai sebuah penyukat di bilahnya. Hisagomaru bersifat agak pelik kerana serangannya mempunyai kesan penyembuhan dan bukan mencederakan pihak lawan. Meskipun menyerang pihak lawan adalah tidak berguna, penyembuhan yang dilakukannya akan memenuhkan penyukat di bilahnya. Kecederaan yang disembuhkan akan menentukan jumlah yang diserap. Apabila penyukatnya penuh, Hisagomaru secara otomatik mengaktifkan tahap shikai dan bertukar menjadi Akeiro Hisagomaru (朱色瓠丸, secara literal; penyukat merah). Pada tahap ini, Hisagomaru berbentuk seperti sebilah skalpel dan menumpukan setiap kecederaan yang telah diserapnya menjadi suatu serangan besar yang kuat, mampu melakukan serangan maut kepada Menos kelas Gillian. Serangan-serangan yang berikutnya tidak lagi mempunyai kesan penyembuhan, membenarkan Hanatarō menyerang seperti biasa selepas transformasi tersebut, meskipun bentuk Akeiro Hisagomaru itu sendiri telah membebankan tuannya.[6]